OksiGen

Oren bukanlah satu daripada warna kegemaranku. Tetapi oren adalah satu pilihan dalam menakrifkan satu keadaan yang tenang dan tidak kusut. Simplicity, itulah dia. Sekalipun menggunakan warna tema yang bukan kegemaranku, bukanlah mustahil untuk aku mendalami maksud simplicity dan mendalami ketenangan yang wujud.

Kerana kadang-kadang kita terlalu taksub dengan menghiasi hidup dengan warna-warni yang kita gemari, hingga kita merelakan kompleksiti menyerabuti hidup di ruang dunia yang semakin menggila

 

Warna oren berada di antara warna merah dan kuning dalam spektrum cahaya nampak, dan mempunyai panjang gelombang sekitar 585-620 nm (nanometer)

Song: (sorry, it's broken!)


I AM 72% OPTIMUS PRIME

Take the Transformers Quiz

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, November 24, 2008
Sejenak..

 "Sebuah cinta bisa memutarkan hitam dan putih roda hidup menjadi warna warni." 

Aaah.. sekian lama aku tidak menulis di laman maya yang pernah suatu ketika dulu menjadi terapi untuk diri ini. Sejak awal tahun 2008 ini, seakan tidak berbahasa blog ini. Pernah aku tuliskan beberapa catatan yang sepatutnya dilontarkan ke laman ini, namun semuanya tidak menjadi.  Keriuhan dan kemesraan teman-teman yang pernah terjalin menerusi tinta maya ini sudah lama meminggir. Usia makin memacu hidup menjadi insan yang lebih komited dalam menyingkap masa depan. Lantas kesibukan diri kerap melintangi tika peluang seperti dahulu semakin sukar diperolehi..

Blog ini suatu masa dulu adalah sebahagian dari realiti hidup yang diterjemahkan dalam bentuk maya. Keadaan dan perkhabaran diri ini cukup mudah diketahui dengan hanya meneliti nukilan yang terpapar di skrin.

Hidup yang sudah mencecah penghujung 20-an ini kini lebih terfokus pada perancangan masa depan.

Kekadang, kita terlupa pada rakan yang terlebih dahulu kita kenali, kita temui dan kita berkongsi segala gelak dan duka.

Moga kelak bila aku sudah mendirikan mahligai impian itu, tidak terluput ingatan terhadap rakan-rakan yang kukenal melalui laman maya yang penuh nostalgik ini..

 


Posted at 00:03 by OksiGen
(3) Kata-kata  

Previous Page Next Page